assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
mula2 saya akan beritahu yang saya takut naik bot ke, sampan ke, ferry ke, kapal ke dan lain lain. Tapi bila dah masuk rasa macam biasa je macam naik bas je........bila dah masuk ayah pulak ajak pergi belakang mula2 tak nak ikut, tapi tiba tiba nak pergi pulak belakang. Wooo.... gila best.
Bila dah sampai tengok semua teksi warna pink!!! Pastu saya duduk depan. Makngah cakap saya tuan kecik. Saya geram tapi tak buat apa-apa sebab terlalu seronok dh sampai pulau pangkor. Dah sampai flora resort, orang tu cakap tengah bersih kan. Kitaorang pun pergilah makan dulu.
Dah siap makan, kami kembali semula ke resort. Bilik kami dh siap dibersihkan. Kami pun masuk tukar baju pastu pergi pantai untuk aktiviti snorkling. Saya ingatkan dieja 'snowclean', bukan nya ada salji pun, rupa rupanya snorkling tu adalah aktiviti menyelam dan boleh tengok dasar lautan. Nampak kerang, coral, ikan, obor-obor dan ketam. Ayah sewa google, baju apung dan lain2 lagi. Kitaorang ronda satu pulau bernama pulau coral. Dah habis snorkling kami balik ke resort. Kami bersiap-siap untuk menghantar makngah balik. Saya ucapkan selamat jalan. Kitaorang tinggal lagi 1 malam sahaja. Pagi esoknya kami mandi pantai lagi. Sesudah itu tengahari kami bertolak balik ke shah alam.
!!!!!!!!!!!!habis!!!!!!!!!!!
MENGARUT JE NI...HEHE
13 years ago